Wednesday, August 26, 2009

:: Asal-usul Manusia ::

Manusia dari segi Islam juga dikaitkan dengan maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna.

Manusia berasal daripada Nabi Adam dan Nabi Adam berasal daripada tanah. Walau bagaimanapun penciptaan keturunan Nabi Adam adalah berbeza daripada beliau kerana mereka diciptakan Allah bukan daripada tanah sebaliknya daripada benih lelaki dan wanita. Dalam surah Al-Haj ayat 5, Allah menjelaskan:


'Wahai manusia jika kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu daripada tanah kemudian nuthfah'.


Di dalam Al Qur'an proses kejadian manusia secara biologi dijelaskan secara terperinci melalui firman-Nya :


" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta Yang Paling Baik ." (QS. Al Mu'minuun (23) : 12-14).

Kemudian dalam salah satu hadith Rasulullah SAW bersabda :


" Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang benar dan dibenarkan. Sesungguhnya seorang diantara kamu dikumpulkannya pembentukannya (kejadiannya) dalam rahim ibunya (embrio) selama empat puluh hari. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan segumpal darah. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan sepotong daging. Kemudian diutuslah beberapa malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya (untuk menuliskan/menetapkan) empat kalimat (macam) : rezekinya, ajal (umurnya), amalnya, dan buruk baik (nasibnya) " (HR. Bukhari-Muslim)

No comments:

Post a Comment