Friday, October 9, 2009

:: Resepi Perkahwinan Bahagia ::


2kg :penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama
1kg :rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara.
1kg :rasa kesyukuran dan ketakwaan.
4cawan :rasa tanggungjawab.
3cawan :daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati).
2cawan :penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2cawan :pati kemanusiaan
2cawan :keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1cawan :rasa kepuasan
1cawan :budi bahasa
1cawan :perasaan timbang rasa
1cawan :tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan pasangan.
2 gelas :ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1sukatan:peruntukan kewangan yang mencukupi
2orang :anak kecil sekurang-kurangnya
4cawan :penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita)


Secubit campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat dan mengamalkannya:
1. Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan diatas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dengan 2 orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.

~ Rasulullah Tersenyum Terhadap Orang Yang Membujang Yang Hendak Dikahwinkan ~

Daripada Abu Zar r.a bahawasanya ia berkata: “ada seorang lelaki datang ke tempat Rasulullah s.a.w. yang biasa dipanggil dengan Akkaf apakah engkau sudah mempunyai isteri?” “ Tidak.” Jawab Akkaf. “Tidak pula seorang hamba sahaya wanita?” “Tidak.” Jawabnya. “Padahal engkau orang yang kaya dan sihat.” Rasulullah bersabda kepadanya: “Jika demikian, bererti engkau termasuk saudara syaitan. Sekiranya engkau termasuk orang-orang Nasrani, maka engkau termasuk para rahib mereka. Sesungguhnya sunnahku adalah berkahwin. Orang yang paling buruk di antara kalian ialah yang hidup membujang dan orang yang meninggal yang paling buruk di antara kalian adalah orang yang hidup membujang. Syaitan tidak suka jika kalian berkahwin. Syaitan tidak mempunyai senjata yang paling ampuh terhadap orang-orang yang soleh selain daripada wanita, kecuali orang yang berkahwin, mereka adalah orang-orang yang suci dan terbebas daripada zina. Celakalah engkau wahai Akkaf. Sesungguhnya para wanita itu sahabat Ayyub, Daud, Yusf dan Kursuf.” Bisyr bin Athiyah berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah Kursyf itu?” Baginda menjawab: “Seseorang yang rajin beribadah kepada Allah disebuah pantai selama 3 ratus tahun dan berpuasa pada siang harinya serta mendirikan solat pada malamnya. Kemudian ia kufur kepada Allah kerana seorang wanita yang disetubuhinya, lalu ia meninggalkan ibadah kepada Allah. Kemudian ia sedar dan bertaubat daripada keadaannya. Celakalah engkau wahai Akkaf, kahwinlah. Jika tidak, maka engkau termasuk orang-orang yang sentiasa bimbang dan ragu.” Akkaf berkata: “Wahai Rasulullah, kahwinkanlah aku.” Rasulullah tersenyum dan bersabda kepadanya: “Aku akan mengahwinkanmu dengan Karimah binti Kalthum Al-Humairi.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

:: Rasulullah Tersenyum Ketika Berlumba Lari Dengan Aisyah ::

Kehidupan rumah tangga Rasulullah patut dijadikan tauladan oleh umatnya kerana baginda sangat pandai menciptakan suasana damai dan baginda suka bergurau senda, bermain atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hati isterinya.

Aisyah pernah meriwayatkan cerita bersama Rasulullah;

Pada suatu ketika, aku ikut bersama Rasulullah dalam satu perjalanan. Pada saat itu badanku masih kurus. Kemudian Rasulullah menyuruh rombongan yang menyertai kami untuk berjalan dihadapan terlebih dahulu. Lalu baginda berkata kepadaku: “Ayuh kita berlumba lari.”

Dalam perlumbaan itu aku lari sangat laju sehingga mendahului Rasulullah. Namun baginda diam sahaja apabila kalah dalam lumba lari denganku.

Ketika dalam perjalanan lain dimana badanku sudah bertambah gemuk, baginda menyuruh rombongan untuk berjalan mendahului kami. Kemudian baginda mengajak aku berlumba lari lagi.

Dalam perlumbaan ini aku berlari dengan sangat laju, tetapi Rasulullah berlari lebih laju lagi sehingga baginda dapat mendahului aku. Sambil tersenyum baginda berkata kepadaku: “ Ini sebagai penebus kekalahanku yang dahulu.”

:: Poligami ::


Maksud poligami adalah lelaki yang beristeri lebih daripada satu. Syariat telah membenarkan lelaki beristeri lebih daripada satu dengan syarat-syarat yang tertentu. Akan tetapi, jika takut tidak berlaku adil dalam perkahwinan tersebut maka memadailah seorang sahaja. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat yang ke-tiga yang bermaksud:

…maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu suka, dua, tiga, atau empat. Jika kamu takut tidak dapat berlaku adil (antara isteri-isterimu) maka memadailah seorang
sahaja.

Syarat poligami dalam Islam
i) Lelaki perlu memahami konsep poligami bukannya untuk berseronok-seronok sebaliknya menjadikan dirinya seorang yang bertakwa kepada Allah.
ii) Sentiasa berlaku adil kepada semua isterinya dari segi zahir dan batin.
iii) Mampu dari segi kesihatan dan pendapatan agar dapat menyara isteri-isterinya.

Hikmah Islam membenarkan poligami
i) Dapat mengelakkan daripada pergaulan bebas dan menghasilkan zuriat di luar nikah.
ii) Menjauhkan diri seseorang daripada melakukan maksiat apabila membuat perhubungan dengan perempuan selain isterinya.
iii) Memberi pembelaan kepada anak yatim dan janda yang kematian suaminya dan memerlukan perlindungan.
iv) Menyambung zuriat terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai anak.

Maksud Keadilan dalam poligami
 Layanan yang sama rata termasuk giliran bermalam dan tidak membanding-bandingkan isteri-isterinya.
 Berkemampuan melayan isterinya dalam semua hal.
 Memberi nafkah, tempat tinggal dan segala keperluan yang sama rata antara isteri-isterinya
.

~ Langkah Menjauhi Penzinaan dan Pergaulan Bebas ~

1. Menjauhi zina minda
Contohnya, jika seseorang wanita duduk berjauhan daripada seorang lelaki,tetapi mindanya membayangkan sedang melakukan perbuatan lucah dengan lelaki itu, dia ketika itu melakukan dosa walaupun secara zahirnya berjauhan daripada lelaki itu.

2. Menjauhi zina mata
Jika seseorang wanita melihat seorang lelaki dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun ketika itu lelaki itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia melakukan “zina mata”. Sahabat Rasulullah S.A.W., Jarir bin Abdullah, pernah berkata: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak sengaja, maka sabdanya:
“Palingkanlah pandanganmu.” ( Riwayat Muslim)

3. Menjauhi daripada berdua-duaan
Ketika berdua-duaan, rangsangan untuk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Berhubung hal ini, Nabi barsabda yang bermaksud:
“Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

Amalkan membawa kawan atau teman jika ingin berbincang dengan insan berlainan jenis mengenai perkara bermanfaat.

4. Menjauhi daripada bersentuhan
Jika melihat seorang lelaki dengan syahwat dilarang oleh agama, maka bersentuhan kulit dengannya pasti lebih ditegah dalam agama. Dalam sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim diriwayatkan yang bermaksud:
“Tidak pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita melainkan yang halal baginya.”

Bagaimanapun, pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dilarang secara keseluruhan. APA YANG DILARANG IALAH PERGAULAN BEBAS. Namun dalam suasana tertentu yang terkawal ia diizinkan. Contohnya,ketika menuntut ilmu dan berjual beli.

:: Kemuliaan Akhlak Rasulullah S.A.W ::

Hindun bin Abu Halah menyatakan mengenai sifat-sifat mulia Rasulullah SAW seperti berikut:

Rasulullah nampak seperti dalam keadaan berduka, terus menerus berfikir,tidak ada waktu untuk berehat. Tidak berbicara jika tidak perlu, lebih banyak diam, mengawali dan mengakhiri perkataan dengan seluruh bahagian mulutnya dan tidak dengan hujung-hujung sahaja, berbicara dengan memilih kata-katanya yang kuas maknanya, terperinci tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit dengan nada yang sederhana, tidak terlalu keras dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mengagungkan sekecil nikmat apapun, tidak mencela sesuatu, tidak pernah mencela rasa makanan dan tidak terlalu memujinya, tidak terpancing untuk cepat marah jika ada sesuatu yang bercanggah dengan kebenaran, tidak marah untuk kepentingan dirinya dan sentiasa berlapang dada. Jika memberi isyarat, baginda memberi isyarat dengan seluruh tapak tangannya. Jika sedang kagum, baginda dapat membalik kekagumannya, dan jika sedang marah baginda nampak semakin tua. Jika sedang gembira baginda menundukkan pandangan matanya. Tawanya cukup dengan senyuman, sedangkan senyumannya mirip butir-butir salji.


Allah berfirman menegaskan sifat mulia baginda dalam firman-Nya yang bermaksud:

“ Dan sesungguhnya engkau benar-benar berada pada keluhuran dan keagungan akhlak yang mulia.”
(Surah al-Qalam : 4)


:: Ya Allah ::


Ampunkanlah kami YA ALLAH...

Selama ini kami leka, kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji-janji nikmat syurga Mu.Cukupkan kami dengan apa yang Kau beri.Dan jadikan lah kami insan yang tahu bersyukur

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas,sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.


Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta-juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin-rajinlah berselawat pada bulan Syaaban kerana bulan Syaaban adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Friday, September 4, 2009

~ Buat Yang Bersahabat ~

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita meyakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia menyandarkan harapannya? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu tetapi jika kita mencuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah..

:: Ummu Sulaim :: Srikandi Islam Yang Tabah ::

Salam perjuangan, di sini saya bawakan kisah seorang serikandi dahulu buat pedoman diri dan sahabat-sahabat yang mengunjung blog ni. Inilah kisah seorang serikandi solehah yang telah meninggalkan sejarah gemilang untuk dicontohi oleh setiap wanita sepanjang zaman.

Beliau ialah Ummu Sulaim atau nama gelarannya Rumaisha iaitu ibu kepada Saidina Anas bin Malik. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang terkenal. Ummu Sulaim merupakan seorang yang tegas dan kuat keyakinannya kepada Islam. Beliau lebih menyintai perjuangan Islam. Beliau lebih rela berpisah dengan suaminya iaitu ayah kepada Anas yang masih seronok dengan alam jahiliyah.

*Bercerai dengan suaminya kerana kebenaran Islam

Walaupun sudah berkali-kali Ummu Sulaim mengajak suaminya kepada kehidupan yang lebih baik dengan percaya dan tunduk dengan hokum-hukum ALLAH, tapi suaminya enggan dan akhirnya berlakulah perceraian. Setelah berlaku perceraian dengan Malik Nazhar, Ummu Sulaim berazam tidak akan berkahwin lagi sehinggalah Anas dewasa. Ini adalah kerana mahu anaknya benar-benar terdidik dan menjadi anak yang bertaqwa.

*Anaknya sebagai hadiah kepada sebuah perjuangan Islam.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim membawa Anas berjumpa dengan Baginda s.a.w. Ketika itu usia Anas baru meningkat 10 tahun. Ummu Sulaim berkata kepada Rasulullah SAW:-

“Hampir semua kaum Ansar, baik lelaki mahupun wanita telah menghadiahkan Baginda dengan suatu hadiah yang berharga. Aku tidak mempunyai sesuatu untukku hadiahkan, melainkan seorang anak lelakiku. Maka ambillah dia supaya dapat dia melayani dan melakukan tugas yang Baginda perintahkan kepadanya”

Ummu Sulaim sangat menginginkan anaknya memperoleh sebanyak mungkin keberkatan daripada Rasulullah SAW. Akhirnya Anas menjadi seorang yang alim yang tinggi ilmunya dan banyak meriwayatkan hadis.

*Perkahwinan kali kedua

Datanglah Abu Talhah yang masih kafir ingin mengahwini Ummu Sulaim. Ummu Sulaim telah memintanya membawa mas kahwin yang paling tinggi. Abu Talhah pergi mendapatkan Rasulullah SAW dan menceritakan segala-galanya.

*Mas kahwin yang teramat tinggi nilaianya :-
Kalimah Syahadah LA ILAHA ILLA ALLAH

Lalu Rasulullah SAW menikahkan Abu Talhah dengan Ummu Sulaim menurut syarat yang diminta. Berkahwinlah Ummu Suliam buat kali kedua dengan Abu Talhah dengan mas kahwinnya ialah Abu Talhah mengucap dua kalimah Syahadah.

Mungkin pada zaman sekarang, kalau berlaku sekarang..masyarakat akan pelik. Bagaimanakah seorang wanita sanggup berkahwin tanpa ada ems, perak, duit hantaran ataupun apa-apa pemberian sebagai mas kahwin. Hakikatnya ALLAH S.W.T tidak pernah memandang kepada harta kemewahan kita, tetapi yang paling utama disisiNYA adalah Iman dan Taqwa.

*Seorang isteri yang solehah.

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Talhah dengan penuh kebahagiaan, beliau menjadi isteri yang taat, sentiasa menyuburkan jiwa suaminya dengan iman dan taqwa. Memberikan galakn kepada suaminya agar gigih berjuang, takut dengan ALLAH, rindu dengan syurga ALLAH dan sabar serta redha dalam menghadapi ujian ALLAH. Beliau melayani suaminya sebaik-baiknya. Tidak pernah meminta itu dan ini, beliau merasa cukup dengan apa yang ada. Masa terluang beliau gunakan untuk beribadah, bertahajjud, berwirid dan berzikir kepada ALLAH. Ummu Sulaim tidak menyibukkan diri dengan dunia, hatinya sentiasa terikat dengan ALLAH.

*Diuji ALLAH SWT dengan kematian anaknya.

ALLAH SWT menurunkan ujian untuk menguji dan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada-NYA. Anaknya yang masih kecil meninggal dunia setelah menderita sakit beberapa lama ketika Abu Talhah tiada di rumah. Ummu Sulaim dengan tenang menghadapi kematian anaknya itu. Dimandikan, dikafankan dan ditutup anaknya itu dengan kain. Apabila Abu Talhah pulang ke rumah, seperti biasa dia menanyakan tentang keadaan kesihatan anaknya itu, Ummu Sulaim menjawab : “Dia kini sudah tenang dan berehat sepuas-puasnya.” Pada sangkaan Abu Talhah, anaknya itu telah sembuh.


Kebetulan hari itu mereka berpuasa. Ummu Sulaim menyediakan makanan dan berbukalah mereka. Tiba waktu malam, Ummu Sulaim berdandan dan bersolek serta mengenakan wangi-wangian dan melayan suaminya sehingga suaminya lupa untuk bertanyakan khabar anaknya itu.

Sehinggalah keesokan harinya, Abu Talhah bersiap-siap untuk keluar, Ummu Sulaim berkata kepada Abu Talhah : “Wahai suamiku, ada seorang jiran kita telah diberi pinjam pinggan padanya, datang tuan pinggan untuk mengambil pinggannya kembali. Tetapi, jiran kita itu tidak mahu memulangkan semula pinggan itu kepada tuan empunya pinggan. Apa pendapat engkau tentang jiran kita ini??

“Mereka tidak berhak berbuat demikian”, jawab Abu Talhah. Lalu Ummu Sulaim berkata lagi : “ Allah telah meminjamkan kepada kita anak, kemudian DIA meminta kembali anak itu, wahai suamiku.” Terdiam Abu Talhah, lalu dia pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya. Bersabda Rasulullah SAW: “ semoga Allah memberkati kamu berdua dalam perbuatan kamu malam tadi.”

Doa Rasulullah itu dimakbulkan. Dan dengan kematian anaknya itu, ALLAH gantikan dengan kurniaan yang makin bertambah. Sejak malam itu, Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan anak lelaki yang diberi nama Abdullah yang kelaknya menjadi ayah dari seorang anak lelaki pula yang diberi nama Ishaq iaitu seorang tabi’in besar dan alim dalam ilmu hukum-hukum Islam, dan anak lelakinya yang lain kesemuanya berjumlah Sembilan orang. Kesemuanya adalah orang yang berilmu dan penghafal Al-Quran.

***********************************##***************************************
Demikianlah sebuah kisah wanita solehah yang hati dan cintanya hanya untuk ALLAH.. yang mahar perkahwinannya Kalimah Tauhid..subhanallah.. indahnya perhiasan dunia wanita solehah.. mampukah aku menjadi sehebat ini..(“,)

Ya Allah..jadikan kami serikandi solehah..penyejuk dimata, penawar dihati..yang mampu mengetuk pintu kelalaian insani.

:: Nafas Terakhir ::

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

TANDA 100 HARI
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah baik. Saling berpesan-pesanlah sesama kita..

"SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG, DAN KEPADA ALLAH JUALAH KITA KEMBALI"..

< Ibuku Syurgaku >

Marilah sama-sama kita meningkatkan taqwa kepada Allah s.w.t. dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat ke-dua selepas mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memuliakan dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah Azza Wajalla juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’:23)

Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian pun, kita akan menyebut nama ibu.

Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak. Gembiralah ibu bapa andainya mereka dikasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin dapat kita menebusnya.

< Amarah Itu Syaitan >

Sifat marah adalah sifat yang pastinya ada dalam diri setiap manusia. Tidak kira apa pun pangkat dan darjat mahupun peringkat umur, pastinya mempunyai perasaan marah. Sifat marah itu juga ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api daripada batu yang dipukul pada besi. Sifat marah ini mungkin berpunca daripada perasaan tertekan, merasa dizalimi, dikhianati, diperkecilkan, dan sebagainya. Terdapat satu penyelidikan mengatakan bahawa manusia itu ada kalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah. Maka, bererti eratlah hubungannya dengan syaitan pada sesiapa yang dipengaruhi oleh api kemarahan.

Pada tahap permulaan, sifat marah itu bukanlah satu penyakit. Ia hanyalah luahan yang dilahirkan oleh seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkahlaku. Sifat marah yang sudah bertapak di hati, jika tidak dikawal, lama kelamaan akan memakan diri sendiri dan akan membawa padah kepada orang-orang yang kita sayangi serta membawa keburukan dan kemudaratan kepada keadaan disekeliling kita. Oleh hal yang demikian, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat yang terbaik bagi mengawal perasaan marah iaitu dengan disirami diri dengan air melalui berwuduk.

Sifat marah berasal daripada syaitan, kerana syaitan itu dijadikan daripada api. Ingatlah, bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Maka apabila seseorang itu sedang marah, sebaik-baiknya dia terus mengambil wuduk´, kerana air yang disapukan dianggota wudhu´ bukan sahaja dapat menjauhkan diri dari godaan dan hasutan syaitan, malah ini juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas kerana kemarahan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk dengan air. Maka, sesungguhnya marah itu daripada api.” (Riwayat Abu Daud)

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, ada menyebut bahawa Imam Al-Ghazali berkata:

"Orang yang marah keadaanya adalah sama dengan anjing yang galak dan binatang yang buas. Sebaliknya, orang yang tenang keadaannya adalah seumpama nabi-nabi, wali-wali, alim ulama, dan ahli hikmat. Seseorang boleh memilih untuk menyerupai binatang buas atau manusia yang terpuji."

Sifat marah itu sendiri sebenarnya lebih banyak memberi sesuatu keburukan daripada kebaikkan. Pertamanya, perasaan marah membawa kepada sifat yang tercela dan rasa serba salah. Sewaktu kita sedang marah pastinya kita tidak akan terfikir apa kesannya, dan apabila keadaan menjadi reda, baru kita menyesal dengan apa yang kita lakukan sebelumnya. Perasaan marah juga sebenarnya memendekkan umur seseorang. Ia juga mengganggu kualiti kesihatan seseorang yang boleh menyebabkan kematian mengejut. Oleh sebab itu janganlah cepat marah kerana ia akan mempercepatkan kematian kita dan menjadikan wajah kita kelihatan lebih tua dari umur yang sebenar.

Orang yang cepat marah atau sedang marah biasanya terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak siuman. Ia mungkin akan memaki hamun, merosakkan sesuatu, memudaratkan orang lain dan hilang pertimbangan yang akhirnya menyesali segala yang telah dilakukannnya apabila telah hilang perasaan marahnya.

Dalam masyarakat kita yang kaya dengan bahasa-bahasa kiasan yang menunjukkan betapa buruknya perbuatan mereka yang tidak siuman kerana gagal mengawal perasaan marah. Kata-kata kiasan seperti, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.” Semuanya menunjukkan betapa buruknya akibat daripada kata-kata atau perbuatan yang berlaku sewaktu dalam keadaan marah.

Orang yang dapat menahan diri dari dikuasai oleh sifat marah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan usahanya, sebagaimana Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat Bukhari)

Sememangnya marah adalah satu penyakit yang sepatutnya kita hindarkan seberapa boleh. Namun begitu, marah juga perlu dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Seorang ketua keluarga pula bertanggungjawab ke atas mereka yg berada di bawah tanggungjawabnya. Jika mereka yang di bawah tanggungjawabnya melanggar perintah Allah dengan sengaja, ketua keluarga wajib menegur dan memarahinya. Tetapi harus diingat bahawa marah tersebut bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki dan tangan sehingga memukul. Tetapi marah tersebut mestilah marah yang bertujuan mendidik untuk menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukan adalah salah disisi agama. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semulajadi ada pada diri manusia, agar ia membawa kebaikan kepada manusia, dan bukan membawa kebinasaan.

Oleh hal yang demikian, di dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus mengambil sikap bertolak ansur dan persefahaman sesama manusia. Hindarkanlah segala sebab atau punca yang menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita dimarahi, jangan pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan tersebut. Hadapilah orang yang sedang marah dengan membantu dirinya menghilangkan kemarahannya dengan bijaksana.

Wednesday, September 2, 2009

:: Hati sebesar Cawan ::

" Aduhai, mengapakah hidupku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga?". Lalu, dia terus bercerita kepada lelaki tua tersebut. Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .
" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.
" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.
" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng.

Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita. Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!


Moral:
Sahabat sekalian, janganlah membiarkan diri kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

:: Kisah Sebatang Buluh ::

Sebatang buluh yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang buluh ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang buluh yang lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon buluh itu.

Dia berkata kepada batang buluh itu “ Wahai buluh, mahukah engkau sekiranya engkau ingin ku kupakai untuk ku jadikan paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawah kepunyaan ku ?? ” Batang buluh itu menjawab, “Oh tentu aku mahu sekiranya dapat berbakti dan berguna bagi engkau, Tuan. Tapi bagitahulah aku apa yang akan kau lakukan padaku untuk menjadikan aku paip saluran air itu?? ”

Sang petani menjawab, “Pertamanya, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpun yang indah itu. lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu.

Setelah itu, aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila itu semua sudah selesai, kau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur.”

Mendengar akan hal itu, batang buluh itu lama terdiam.., kemudian dia berkata kepada petani, “Tuan, tentu aku akan merasa sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan merasa ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah batangku yang indah ini, dan pasti aku tak tertahan ketika engkau mengorek –gorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan melalui semua proses itu, tuan?? ”

Sang petani menjawab pertanyaan batang buluh itu, “Wahai buluh, engkau pasti kuat melalui semua itu, aku memilihmu kerana engkau yang paling kuat dari semua batang buluh yang ada pada rumpun ini. Jadi, tenanglah.”Akhirnya batang buluh itu menyerah, “Baiklah,tuan. Aku ingin sekali berguna dan berbakti padamu. Inilah aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki.”

Setelah sang petani selesai dengan pekerjaannya, batang buluh yang dulunya indah dan yang menjadi penghias halaman rumah sang petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak surut-surut?? , mungkin ALLAH sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-NYA. Sama seperti batang buluh itu, kita sedang ditempa, ALLAH sedang menjadikan kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tidak elok pada pandangan-NYA. Tetapi jangan khuatir, kita pasti kuat kerana ALLAH tidak akan memberikan beban yang tidak mampu kita pikul.

Jadi, kita biarkanlah ALLAH bebas berkarya dalam diri kita untuk menjadikan kita sesuatu yang berguna bagi-NYA.

Seperti batang buluh itu, mari kita berkata, “Inilah aku hambaMU ya ALLAH, perbuatlah sesuai dengan yang KAU kehendaki ” Daripada mana kita datang??...ALLAH dan kepada siapa kita akan kembali??...ALLAH. Jadi, ikhlas, sabar dan redha lah kita dalam kembara menuju ke negeri abadi.

Wallahua’lam..

~ Pertemuan ~

Bagai satu mimpi yang berpanjangan,
Akhirnya terlerai jua rindu musim semalam..,
Di bumi ini kita berkelana,
Menadah CINTA dan JANJI Yang Esa..
Menongkah gelombang jihad Rasul-NYA.
Jangan lupa & alpa..
Pada sunnah yang seringkali kita leka,
Jangan cepat memuja cinta manusia,,
Dan jangan suka menduga murka Yang Maha Mencipta..
Biarlah CINTA teratas milik Yang Esa,
Kerana tapaknya adalah rasa hamba…
Biar rindu hanya untuk yang SATU,
Kerana dindingnya ukiran permata biru..
Limpahkan rasa syukur pada Yang Maha Pengasih,
Kerana lantainya marmar jernih..
Tempat bertautnya tugu kasih.
Jangan diharapkan pertemuan semula di akhirat sana,
Andainya sering dilupakan janji Yang Esa..
Jangan mengharapkan pertautan mata,
Kerana kejauhan memungkinkan segalanya..
Hanya pada Yang Esa tempat meminta,
Moga dikuatkan iman di dada..
Menongkah badai yang makin menggila..
Andai tiada pertolongan dari-NYA,
Karamlah diri selamanya….

~ Sang Pejuang Sejati ~

Benarkah engkau seorang pejuang? Mengaku diri sebagai pejuang, sebagai jundullah, sebagai aktivis, namun akhlak maupun thaqafahnya tidak mencerminkan hal itu. Mengaku diri sebagai mujahid, namun niat ternoda oleh selain-Nya.

Inilah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala firmankan di dalam Al Qur'an, "Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan saja mengatakan 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji lagi?" (QS. Al Ankaabut: 2-3)

Sang Pejuang Sejati, Masing-masing kita sebaiknya mengevaluasi diri, adakah kita memang sudah benar-benar menjadi pejuang di jalan-Nya atau jangan-jangan, baru sebatas khayalan dan angan-angan kosong belaka. Inginkan syurga, tetapi tidak siap menggadaikan diri, harta dan jiwa. "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." (QS. 3:142).

Ya, kita mengira akan masuk syurga dengan pengorbanan yang sedikit, seakan ingin menyamakan diri dengan hukum ekonomi kapitalis, "Mendapatkan output yang sebesar-besarnya, semaksimum mungkin, dengan input yang seminima mungkin."

Aduhai., sesungguhnya hari akhir itu adalah perkara yang besar. Dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi itu, sangat mahal harganya. Rasulullah SAW bersabda, "Generasi awal berjaya kerana zuhud dan teguhnya keyakinan, sedang ummat terakhir hancur kerana leka dan lalai.

Saat nasyid-nasyid perjuangan dilantunkan, gemuruh di dalam dada menjadi berkobar-kobar untuk berjuang. Tetapi sayang, ternyata hanya tersimpan di dalam dada dan semangat itu ikut surut seiring dengan berakhirnya lantunan nasyid. Tidak keluar dalam amal yang nyata.

Demi Allah., keimanan bukanlah dilihat dari yang paling keras teriakan takbirnya, bukan pula dari yang paling deras air matanya kala muhasabah, dan bukan pula dari yang paling ekspresif menunjukkan kemarahan kala melihat Israel menyerang Palestin. Bukan pula dari yang paling banyak simbol-simbol keagamaannya. Kerana itu semua hanya sesaat.

Sesungguhnya keistiqomahan dalam berjuang, itulah induksi keimanan sang pejuang yang sebenarnya. Pejuang yang sabar menapak hari-hari dengan mengibarkan panji Illahi Rabbi. Yang selalu bermujahadah mengamalkan Al Qur'an. Teguh pendirian. Tak pernah berhenti. Tak kenal erti penat sehingga tiba saat terakhirnya.

Pengorbanan apakah dengan menggunakan sedikit waktunya untuk berda'wah, sudah menganggap diri telah melakukan sehabis-habis perjuangan? Padahal para nabi tidaklah menjadikan da'wah ini hanya sekadarnya saja, tetapi sebagaimana dicantumkan dalam Surat Nuh ayat 5, "....Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam." Pun dalam surah Al Muzzamil, "Hai orang yang selimut, bangunlah lalu berilah peringatan, dan Rabbmu agungkanlah. " Sejak ayat itu turun, sang nabi akhir zaman selalu siang dalam kehidupannya. Bahkan, hingga menjelang ajalnya, Rasulullah sedang menyiapkan peperangan untuk menegakkan Al Haq.

Sang pejuang yang mengaku berjuang.. tetapi makanannya adalah sebaik-baik makanan, dan pakaiannya adalah sebaik-baik pakaian. Dan dengan tanpa rasa berdosa, asyik menonton drama-drama cinta dan acara gosip, mendengar lagu-lagu cinta, berghibah, perut kenyang, banyak tidur, dan mengabaikan waktu, lalu berharap mendapatkan syurga? Sangatlah jauh. Bagaikan pungguk merindukan rembulan. Alangkah berbezanya dengan yang dicontohkan Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar, Mush'ab bin Umair dan para sahabat yang lainnya. Yang setelah mendapatkan hidayah, mereka justeru menjauhi kemewahan hidup. Mereka mampu secara ekonomi, tetapi mereka tidak rela menikmati dunia yang melalaikan.

Seorang pejuang harus memahami jalan mendaki yang akan dilaluinya. Rasulullah tak pernah tertawa keras apatah lagi terbahak-bahak. Dan hal itu dikeranakan keimanan yang tinggi akan adanya hari akhir, akan adanya syurga dan neraka. Ada amanah da'wah yang besar di pundaknya, lantas bagaimana mungkin seorang pejuang akan banyak bergurau? Imam Syahid Hasan Al Banna memasukkan "keseriusan" atau tidak banyak bergurau salah satu dari 10 wasiatnya.

Dan dikisahkan pula bahwa Sholahuddin Al Ayyubi tak pernah tertawa kerana Palestin belum dibebaskan.
Dimanakah air mata keimanan? Ya Rabbi., ampunilah kelemahan kami dalam menggalas panji-Mu. Seharusnya generasi terbaik tidak melulu tentang pergerakan dan mengabaikan aspek keimanan. Keimanan harus sentiasa dihembuskan dimana saja kerana ia adalah motor penggerak yang hakiki yang menjadi tunjang kekuatan sang pejuang sejati..

20 Kriteria Sang Pejuang Sejati :-
Sekurang-kurangnya, ada 20 kriteria yang harus dimiliki pejuang, yang disarikan dari Al Qur'an dan hadis, iaitu :-

1. Aqidahnya sempurna (saliimul 'aqiidah)
2. Akhlaknya solid (Matiinul khuluq)
3. Ibadahnya benar (Shohiihul I'baadah)
4. Tubuhnya sihat dan kuat (Qowiyyul jismi)
5. Pemikirannya intelek (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha sendiri dan berdikari (Qaadiirun 'alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu (Hariisun 'alal waqti)
9. Bermanfaat bagi orang lain (Naafi'un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar (Ba'iidun 'anisy syubuhat)
11. Sentiasa menjaga dan memelihara lisan (Hifdzul lisaan)
12. Selalu istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)
13. Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan (Gaddhul bashor wahifdzul hurumat)
14. Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul 'afwi)
15. Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja' ah)
16. Selalu yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil'amal)
17. Rendah hati (Tawadhu' )
18. Berfikiran positif dan membangun (Al-fikru wal-bina')
19. Sentiasa siap menolong (Mutanaashirun lighoirihi)
20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda'u 'alal kuffar)

Jadilah kita Sang Pejuang di kacamata Allah Taala. Alangkah ruginya bila kita menganggap diri sebagai pejuang, padahal dalam pandangan Allah Subhanahu wa Ta'ala, kita bukanlah siapa-siapa. Maka, bersama-sama kita bermuhasabah diri, agar cinta kita kepada-Nya bukan hanya angan semata-mata, agar cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan. Kerana pembuktian cinta haruslah mengikuti keinginan yang dicintai..

Cinta sejati, tidak hanya dimulut dan disimpan di dalam dada sahaja, tetapi harus dibuktikan, agar sang kekasih percaya bahawa kita mencintainya. Kita mencintai-Nya dan Dia pun mencintai kita.

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya. ." (QS. Al Maidah : 54 -56)

Wallahu a’lam ..

~ Ingatkan Diri ~

**Ingatkan diri..mati itu pasti dan kita semua akan merasai..
“ Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya”(surah Qaf, ayat 19)

**Ingatkan diri..bahawa kematian orang yang zalim itu amat menyakitkan..
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata) : keluarkanlah nyawamu. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang amat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap ALLAH (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri dengan ayat-ayatNYA”
(Surah al-An’-aam ayat 93)

**Ingatkan diri…amal kan dihitung dan segalanya akan menjadi saksi..
“Pada hari ini (hari dihitung segala amal) Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi saksilah kaki terhadap apa yang dahulu mereka lakukan” (Surah Yaasin, ayat 65)

ingatlah diri..sesungguhnya kita pasti akan kembali padaNYA..kita akan dipersoalkan atas segala apa yang kita perbuat di muka bumi ALLAH ni..fikir-fikirkanlah.

:: Usah dihirau pada kemuncup dan pohon semalu ::

Setiap organisasi mahupun persatuan punyai strategi dan perancangan, apatah lagi bagi penggerak kepada gerak kerja Islam yang mana memfokuskan kepada agenda dakwah tarbiah. Daripada mula sampai akhirnya..kita semestinya sudah membayangkan bagaimana caturan pergerakan kita..bagaimana akan terlaksananya segala gerak kerja kan?? Bilamana sudah mula bergerak, ada diantara strategi dan perancangan kita berjaya..dan ada jugak yang kurang berjaya.. tetapi tak semua kurang berjaya..

Kita berjalan dan terus berjalan..kita bergerak dan terus bergerak..kita melaksana dan terus melaksana..dan tanpa kita sedari sebenarnya kita sudah berada hampir-hampir di penghujung..segala strategi dan perancangan hampir semua telah dilaksanakan, hanya tinggal beberapa kerat je lagi.. AKAN TETAPI,,, datanglah masalah yang bagi kita amat besar, datanglah masalah yang hampir membuatkan kita buntu untuk meneruskan agenda dalam gerak kerja kita..sehinggakan ada segelintir jiwa-jiwa yang tersasar dan hilang fokus utama oleh kerana sibuk memikirkan masalah yang timbul. Di sini kita silap besar, bilamana kita hilang fokus utama, bilamana kita tersasar daripada objektif gerakan yang ingin kita capai..

Sahabat-sahabat..satu analogi yang cukup mudah, kita berjalan dan bermusafir untuk ke sebuah desa yang akan mengadakan perlawanan jaguh kampung yang terbaik yang dapat memanjat pokok-pokok kelapa yang kesemuanya teramat tinggi, kampung tu agak jauh dan kita memerlukan masa 2 hari untuk sampai ke kampung tu..dan kalau sampai, kita akan sampai pada hari pertandingan..kita persiap-siapkan segala bekalan sepanjang perjalanan, jalan mana yang kita nak guna,jalan mana paling pantas, jalan mana yang perlu kita redahi, kita dah maklum tentang semua tu..kita pun mula berjalan,,,dalam perjalanan kita tu, kita terpaksa melalui padang yang mana penuh dengan pohon semalu dan kemuncup..kaki kita sakit, dan kemuncup begitu banyak melekat pada pakaian kita, amat menyerabutkan….

->Andai kata kita berhenti untuk mencabut semua kemuncup dan membuang semua duri semalu tu sehinggakan kita selesa..kita pasti ketinggalan untuk menyertai pertandingan jaguh kampung terbaik tu sebab kita sibuk nak membuang kemuncup. Dan kita bukan sahaja ketinggalan, bahkan menghampakan harapan semua orang kampung yang berharap pada kita..

->Andai kata kita terus berjalan dengan mengenepikan pohon semalu dan kemuncup yang hanya cuma ada di sekitar kawasan padang itu..kita akan dapat meneruskan perjalanan ke kampung dan boleh menyertai pertandingan jaguh kampung terbaik memanjat pokok kelapa yang tinggi. Kita bukan sahaja dapat menyertai pertandingan, malahan kalau kita menang..kita dapat menggembirakan hati semua orang kampung kan??

Kesimpulannya, hakikat jalan dakwah..tak pernah sunyi dari cabaran..apa yang ingin ana utarakan disini..kita sebagai rijalul dakwah mahupun daie dan juga golongan yang mentarbiyah, kita sememangnya sudah punyai matlamat dan fokus, kita punyai strategi..adalah lumrah bila mana datangnya cabaran yang menjadi batu penghalang..kita sudah hampir sampai pada matlamat akhir, akan tetapi.. datangnya cabaran menghinggap yang membuatkan fokus kita sedikit berganjak dan lari sedikit daripada perancangan sebenar dan banyak gerak kerja tertangguh dan terbantut..

Jadi.. bagi ana, kita pandanglah cabaran ataupun masalah itu sebagai kemuncup dan pohon semalu,,,jangan terlalu sibuk memikirkan bagaimana nak mencabut kemuncup sehinggakan kita terlupa perancangan dan gerak kerja yang perlu kita selesaikan.. berfikir dan bertindak secara bijak dan matang..anggap setiap masalah dan cabaran itu sebagai satu peluang untuk kita menjadi manusia yang lebih baik..

Yakin dengan pertolongan ALLAH..kerana apa yang kita pikul ni bukan Bid’ah, apa yang kita bawa ni bukan benda salah, tetapi apa yang kita bawa ni adalah amanah ALLAH..apa yang kita gerakkan adalah Dakwah dan Tarbiyah, apa yang kita bawa adalah ISLAM..


~melangkah menuju Redha Allah~



Tuesday, September 1, 2009

:: Malu Itu Anugerah ::

Malu dikalangan wanita:

Setiap wanita telah dikurniakan oleh Allah dengan sifat malu.
Kerana malu, seseorang wanita itu
1) Akan tahu menjaga kehormatannya,
2) Tahu menilai batas-batas sosialnya,
3) Dan tidak akan diperdaya oleh pujukan nafsu
.

Pada zaman sekarang susah untuk kita melihat seorang wanita mempunyai bersifat malu. Oleh kerana, sifat wanita itu sudah terkikis sedikit demi sedikit, maka wanita
1) Berani mendedahkan auratnya dan sekaligus kehormatan diri nya akan tergadai.
2) Gagal menilai apa itu ‘halal’ dan ‘haram’.
3) Lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.



Malu dikalangan lelaki:


Lelaki juga telah dikurniakan oleh Allah dengan sifat malu.
Dengan adanya malu pada seseorang lelaki, maka
1) Dia akan menasihatkan dirinya dan wanita agar bersama-sama menjaga maruah diri dan aurat.
2) Dia akan mengingatkan dirinya dan wanita tentang batas-batas sosial, pergaulan halal dan haram.
3) Dia akan menjaga dan mendidik nafsunya.

Sukar untuk bertemu dengan lelaki yang mempunyai sifat ini.
Oleh kerana seseorang lelaki itu tidak mempunyai sifat malu, maka
1) Dia akan berani mengajak wanita melakukan perkara mungkar.
2) Dia akan lupa tentang hokum Allah SWT.
3) Berkemungkinan lelaki akan hilang taraf sebagai khalifah.


Maka percayalah bahawa sifat malu itu akan menyelamatkan kita daripada keburukan dan kemungkaran.

:: Sabar Separuh Daripada Iman ::

Sabar adalah salah satu sifat yang perlu ada dalam setiap individu di dunia ini. Hal ini kerana orang yang memiliki sifat sabar ini akan sentiasa dalam keadaan tenang,tenteram,mampu menahan diri daripada bencana dan ujian serta mempunyai daya juang dan ketabahan yang utuh dalam semua keadaan.


Didalam al-Quran telah digambarkan tentang ketinggian sifat sabar didalam surah Ali ‘Imran,ayat 186:


وإِن تَصْبِرُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأُمُورِ
“Jika kamu bersabar dan bertakwa,maka sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki agar di ambil berat (melakukannya).”


Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sabar adalah sebahagian daripada iman.

Sabar boleh dibahagikan seperti berikut:
1) Sabar mengerjakan ketaatan
2) sabar daripada melakukan maksiat
3) sabar atas segala takdir


Panduan untuk memantapkan sifat sabar dalam diri:
1) Jangan terlalu berfikir mengenai sesuatu masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2) Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara ini,lebih teruk keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut, hati terluka dan merasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3) Jangan fikir untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang dilakukan.

4) Terimalah hakikat bahawa sukar untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan anda bersikap adil, wajar dan biar masa yang menentukannya.

5)Jangan fikir anda mengetahui apa yang terbaik untuk orang lain.

6) Terimalah hakikat boleh terus memujuk, tetapi ada kesukaran dalam mengharapkan agar mereka menurut apa yang kita kehendaki. Ini akan mencetuskan ketidaksabaran di kedua-dua belah pihak.

7) Jangan fikirkan bahawa jika mereka tidak bersetuju dengan anda, mereka akan bersifat tidak wajar terhadap anda.

8) Terimalah hakikat bahawa manusia berhak ke atas pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membanarkan anda mendapat hak yang sama.

9) Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10) Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehat. Cuba lihat daripada luar diri anda.

11) Bersimpati terhadap orng lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12) Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu (moodiness) dalam diri seseorang adalah penting.

13) Terimalah hakikat kadang kala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat yang berubah-ubah dan tidak menentu. Hadapi degan tenang dan cuba kawal sifat diri anda.

14) Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15) Terima hakikat bahawa wujud kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri sendiri dan orang lain. Jika anda terlalu mengharap, kekecewaan akan menjadi anda sedih dan berkelakuan seperti orang hilang sabar.

Friday, August 28, 2009

> Bahaya " Couple" <

1) seronok dapat fitnah

2) seronok dapat dosa dan kemurkaan Allah

3) seronok dapat geng dengan syaitan

4) dapat meluahkan masalah
(Allah kan ada)

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah) , tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung

6) banyak risau (
takut teman wanita kita orang lain ambil..berapa kali dah lupa solat sebab asyik "dating" tak pulak risau)

7) banyak termenung dan senyum sendiri, membuang masa, melalaikan
(pasal teringat peristiwa riang dengan teman wanita.. kita sebagai muslim sepatutnya banyak mengingatkan mati yang boleh datang bila-bila masa)

8) lebih mengutamakan teman wanita daripada orang lain
(hidup dalam dunia sendiri, dia dan teman wanita dia.. lain dah tak kisah)

9) menepati masa dan janji
(takut teman wanita marah/sakit hati.. solat fardu lewat tak takut pulak)

10) lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada PAHALA

< Tanda-tanda Berbohong >

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman anda dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

> Suka, Sayang atau Cinta <

Saat kau 'menyukai' seseorang kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri..

Saat kau 'menyayangi' seseorang kau ingin sekali membuatnya bahagia..

Saat kau 'mencintai' seseorang kau akan melakukan apa sahaja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu..

Saat kau 'mencintai' seseorang dan berada disisinya maka kau akan mengenggam erat tangannya..

'Suka' adalah saat dia menangis kau akan berkata “sudahlah jangan menangis”..

'Sayang' adalah saat dia menangis kau akan menangis bersamanya..

'CINTA' adalah saat dia menangis kau akan membiarkan dia menangis di pangkuanmu sambil berkata “mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama”..

Disaat orang yang kau 'suka' menyakitimu kau akan marah dan tidak lagi mahu berbicara dengannya..

Disaat orang yang kau 'sayang' menyakitimu engkau akan menangis untuknya..

Disaat orang yang kau 'CINTA' menyakitimu kau akan berkata ”tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”..

Disaat kau 'suka' padanya kau akan memaksa dia untuk menyukaimu..

Disaat kau 'sayang' padanya kau akan membiarkan ia memilih..

Disaat kau 'CINTA' padanya kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus..

'Suka' adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan..

'Sayang' adalah kau akan menemaninya disaat dia memerlukan..

'Suka' adalah hal yang menuntut..

'Sayang' adalah hal yang memberi dan menerima..

'CINTA' adalah hal yang memberi dengan rela..

:: Personaliti Manusia ::

Gaya Hidup Corak Drama:
*hidupnya seolah-olah babak tragedi drama pentas yang panjang
*apabila bertanya khabar, kita akan mendapati anaknya meninggal, keretanya kena tarik dan sebagainya
*hingga wujud rasa bimbang apabila tidak berlaku apa-apa tragedi dalam jangka waktu yang agak panjang maka akan ada lagi tragedi yang akan menimpanya seperti tertangkap polis dan sebagainya kemudian baru tenteram semula

Gaya Hidup Corak Kemalangan:
*mereka menghabiskan banyak masa dalam kehidupan mereka dengan kemalangan seperti terjatuh tangga, jatuh pokok, jatuh basikal dan sebagainya
*hingga terdapat mereka yang berumur 30 tahun sudah menukar kereta mereka hampir lima kali dalam masa empat tahun
*orang begini mengatakan apabila dia membeli kereta baru pasti ada orang yang melanggarnya , selepas lima kali mengalami kemalangan dia berhenti membeli kereta baru untuk keselamatan dirinya

Gaya Hidup Corak Sakit:
*orang ini sentiasa tidak sihat
*akan mendapat selsema setiap bulan, sakit apabila ada peluang baik
*malah ada yang sakit apabila diberi tugas baru dan ada yang sakit kepala pada tiap-tiap hari yang sama setiap minggu

Gaya Hidup Corak Bersepah-Sepah:
*secara tidak disedari menyepah-nyepahkan barang mereka
*mereka menyepah-nyepahkan fail dan bilik mereka
*apabila membantu mengemaskan barangannya pasti hanya bertahan selama 20 minit sahaja
*mereka seolah-olah sudah lali dengan keadaan bersepah

Gaya Hidup Corak Poket Kosong:
*dimiliki oleh individu yang rajin berbelanja
*mereka membelanjakan wang mereka secara spontan apabila mendapat wang
*tidak senang apabila ada wang ditangan, bimbang
*ungkapan mereka ialah buat apa simpan wang kalau habis cari lagi
*kawan-kawan sebegini haruslah kita berhati-hati

Gaya Hidup Corak Menukar Kerja:
*ada orang yang suka bertukar kerja setiap dua tahun
*alasannya kerja itu tidak sesuai
*ada juga yang bertukar kerja lima kali dalam masa sebelas bulan

Gaya Hidup Corak Menyalahkan Orang Lain:
*suka mengatakan orang lain kejam atau dunia ini kejam
*hingga mudah merasa kecewa dan putus asa apabila berhadapan dengan masalah
*ini menyebabkan hidupnya susah dan sukar untuk merasa gembira
*apabila berusaha pula hanyalah semata-mata untuk cukup hidup sahaja


Gaya hidup dias semuanya bercorak negatif. Teapat juga corak hidup yang positif yang boleh dijadikan panduan:

Gaya Hidup Corak Selalu Sihat:
*selalu peka pada kesihatan dan sentiasa merasa sihat
*sukar mengalah pada penyakit yang menimpanya
*mendorong mengikut aktiviti dengan baik semua program menjaga kesihatan daripada segi makanan, latihan, fizikal, dan panduan kesihatan
*tidak lokek membelanjakan wangnya untuk menjaga kesihatannya

Gaya Hidup Corak Bernasib Baik:
*berjaya mencapai hajatnya kerana apa yang dilakukannya sesuai mengikut masa, tempat dan suasana
*apabila berniaga , perniagaannya naik semasa ekonomi melambung, membeli rumah pada pada harga rumah menurun dan menjualnya apabila harga melambung
*pendek kata orang begini selalu bernasib baik, seolah-olah kejayaan sememangnya miliknya, rezeki masing-masing, kita haruslah berusaha

Gaya Hidup Corak Mudah Dan Gembira:
*membuat individu dapat menghargai kehidupan dalam apa keadaan pun
*semua masalah dapat diselesaikan dengan baik kerana segalanya dilakukan dengan gembira
*pemikiran yang mudah dan teratur


Setiap individu seharusnya mempunyai corak hidup sebegini digelar corak hidup positif. Pilihan memerlukan perubahan. Sesukar mana sekalipun haruslah terus mencuba kerana kehidupan berubah-ubah begitu juga seharusnya diri kita, jika tidak kita akan ketinggalan.

:: Motivasi Manusia ::

Sifat-sifat Orang Yang Berjaya:


Proaktif:
Orang yang mampu mengawal diri sesuai dengan arah yang hendak ditujunya. Ia tidak mudah dipengaruhi unsure-unsur di luar dirinya. Ia tidak terikut-ikut dengan perubahan haluan yang berlaku di sekelilingnya. Orang seperti ini akan dapat dilihat pada penampilan dan sikapnya terhadap sesuatu, misalnya terhadap pekerjaan. Orang yang proaktif tidak terlalu mementingkan pendapat luaran untuk menyuruh dan melarangnya melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, dia juga jarang didengar mengeluh dan merendah diri, dia lebih suka mencari jalan keluar melalaui cara berfikir dan bertindak sekaligus bukan meminta belas ihsan orang lain dengan menyuarakan keluhan dan sebagainya.


Berani:
Mempunyai sikap berani dalam erti yang positif. Dia berani berfikir dan bertindak. Orang yang berani ialah orang yang tidak dihalang melakukan sesuatu yang difikirkan benar dan baik, sekalipun terdapat pelbagai risiko yang menunggu. Namun begitu, orang berani juga adalah orang yang mempunyai rasa takut dan kecut, tetapi perasaan tersebut tidak sampai menegahnya daripada melakukan apa yang hendak dilakukannya.
“ Lebih baik melakukan sesuatu yang kemudian ternyata salah daripada tidak melakukan apa-apa”


Berwawasan:
Pengertian yang mendalam tentang sesuatu yang akan dilakukan dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya. Dia memahami siapa dirinya, memahami orang lain dan memahami segala sesuatu yang perlu dalam perbuatannya. Memahami keadaan yang akan dilakukan dapat membantu menyelesaikan masalah dengan baik dan cepat. Orang yang proaktif tidak berharap orang lain memahaminya tetapi berusaha untuk memahami orang lain. Sikap ini dapat membantu untuk menjadi orang yang faham dan suka berusaha untuk memahami segala yang berkaitan
dengan cita-citanya.


Harga Diri:
Orang yang mempunyai harga diri tidak akan merasa rendah diri atas kekurangan fizikal yang terdapat pada dirinya kerana dia sedar itu adalah kenyataan yang tidak dapat diubah suatu hakikat yang abadi. Turut sedar bahawa semua orang adalah sama jadi tidak perlu menyembah kepada orang lain untuk mendapatkan sesuatu kerana persamaan dan harga diri yang ada padanya menghalangnya daripada berbuat hina dan rendah seperti itu.


Percaya kepada diri sendiri:
Dia percaya dan yakin bahawa setiap orang mempunyai kelebihan sendiri, keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Setiap orang adalah unik dan tersendiri . Menerima segala kelebihan dan kekurangan diri sendiri adalah dasar untuk menumbuhkan sikap percaya kepada diri sendiri, jika kita tidak percaya pada diri kita, menghargainya, bagaimana pula orang lain untuk dapat mempercayai dan menerima diri kita seadanya.


Tidak suka meminta-minta:
Orang islam telah diajar bahawa memberi bantuan kepada orang lain lebih tinggi daripada meminta bantuan daripada orang lain. Sikap ini menunjukkan harga diri seseorang. Hal ini dapat menghalang dari sikap meminta-minta belas kasihan orang lain. Ini kerana sikap suka mengharap bantuan orang lain adalah sikap orang malas dan orang yang bermental hamba.


Tidak mementingkan diri sendiri:
Orang yang berjaya dalam hidup tidak bersifat egoisme. Sebaliknya bersifat pemurah, tidak bakhil menghulurkan bantuan, pujian dan sebagainya. Cuba kita lihat orang yang berjaya dalam hidup mereka umumnya jauh dari sifat mementingkan diri sendiri dan egoisme ini. Contohnya Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.



Marilah kita sama-sama merenung diri kita, memotivasikan semula diri kita dan perbaiki segala kekurangan. Kita sebagai manusia pasti ada harapan dan niat untuk menjadi orang yang berjaya dalam apa jua yang kita lakukan terutama dalam menuju kejayaan didunia dan diakhirat ialah haruslah seiring. Fikirkanlah..

:: Emosi Manusia ::

Teman-teman, setiap manusia punya emosi, emosi pula ada pelbagai antaranya marah, cinta, takut, terkejut dan sebagainya. Inilah fitrah manusia yang ada sejak azali lagi.


Emosi adalah istilah yang digunakan untuk keadaan mental dan fizikal yang berhubungan dengan beragam perasaan, fikiran dan sikap. Emosi adalah pengalaman yang bersifat subjektif, atau dialami berdasarkan sudut pandang individu. Emosi berhubungan dengan konsep psikologi lain seperti suasana hati.

Namun sejauh mana emosi ini dapat mempengaruhi diri kita sebagai manusia yang ada kelemahannya kekuranggannya. Pada kebiasaannya sememangnya manusia mudah dipengaruhi oleh emosi masing-masing yang membawa ke arah positif atau negatif. Hal ini kerana emosi saling berinteraksi antara satu sama lain. Contoh, seseorang yang berada dalam keadaan marah apabila tidak dapat mengawal kemarahannya bahangnya pasti turut dirasai oleh insan-insan yang ada disekelilingnya. Kesan buruknya mungkin insan lain juga akan turut terpengaruh dengan perasaan marah tersebut dan mula wujud rasa nak marah dalam diri mereka. Ini sama diibaratkan dengan sebaldi air cuba untuk memadamkan api yang marak pasti air turut terbakar sama. Oleh sebab itu, seharusnya emosi itu dikawal, kita tidak sepatutnya menjejaskan insan lain hanya kerana emosi kita yang tidak stabil.

Emosi yang stabil dapat membantu hari-hari kita berlalu dengan lebih baik, wajah dan perasaan yang tenang dapat mempengaruhi insan yang berada disekeliling kita secara positif. Wujudnya perasaan kasih sayang dan silaturrahim akan turut terjalin. Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara maka bersilaturrahimlah, “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” 'Dari sudut lain, Ia boleh menonjolkan imej yang positif yang mampu menarik orang bukan islam terhadap imej dan cara orang islam yang mampu mendorong mereka untuk mula menyukai islam dan mula ingin masuk islam. Hal ini dapat mendorong berlakunya proses dakwah secara halus dan mudah.

Allah s..w.t. tidak menggalakkan hamba-hambanya berlebihan dalam beremosi terutama emosi yang negatif supaya tidak dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia terutama apabila dalam keadaan marah, syaitan mudah untuk menyesatkan manusia ke arah kemungkaran.Emosi yang negatif “Ibarat racun dalam hati” ia akan memakan diri kita secara perlahan-lahan sehingga akhirnya kita sendiri merasa menyesal dan malu dengan apa yang telah berlaku. Oleh sebab itu, seharusnya kita mewujudkan sikap sabar dalam diri kita, sesungguhnya “Sabar itu separuh daripada iman.” Apa yang berlaku pada diri kita adalah dugaan daripada Allah untuk menguji kita yang bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita sekiranya kita berjaya melaluinya dengan cara yang baik dan berhikmah.

Hidup ini ibarat roda kadangkala diatas kadangkala dibawah, selamanya tak diatas selamanya tak dibawah. Semuanya hanya kerana Allah tidak mahu hambanya berputus asa memohon doa daripadanya memohon rahmatnya. Rahmat Allah terlalu luas dan amatlah rugi sekiranya tidak dicari dan difahami. Berjalanlah diatas muka bumi ini dan bermusafirlah, pasti kita akan merasa dekat dengan Allah, melihat alam yang luas akan membuat kita merasa betapa beruntungnya kita diatas bumi ini dan menyedari hakikat bahawa Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Hal ini akan mewujudkan rasa takut kepada Allah dan seksaan hari akhirat sehingga dapat membantu kita dalam mengawal emosi seharian kita. Alam yang Allah ciptakan ini mampu memberi inspirasi kepada kita dalam mencari ketenangan, pohon dedaunan yang menghijau, langit yang membiru, luasnya lautan, kedinginan air terjun, harmoni bunyian burung dan sebagainya. Allah mahu mendidik kita bersyukur atas apa yang ada, atas apa yang kita punyai sekarang maka bersyukurlah wahai manusia ciptaan Allah atas apa yang kita ada dan punya dimuka bumi ini sesungguhnya segalanya hanya bersifat sementara cuma.


Seuntai Kata Untuk Dirasa :
Bila kekuatan yang dipohon, Allah beri rintangan untuk dihadapi..
Bila kebijaksanaan yang dipohon, Allah beri masalah untuk diselesaikan..
Bila kasih Allah yang dipohon, Allah beri dugaan untuk dihadapi..
Kerana setiap yang dipohon pasti diuji,
Supaya kita lebih dekat dan semakin dekat denganNYA,
Subhanaallah..