Friday, February 25, 2011

Surah Al-Mu’minun
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠) ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ ١١

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11).

Surah al-Mu’minun itu keseluruhannya diturunkan di Mekah, kecuali ayat 75-77 sahaja diturunkan di Madinah. Ayat 1-11 surah al-Mu’minun itu memperkatakan tentang tujuh perkara utama yang menyebabkan seseorang itu berjaya atau tujuh sifat mulia.

Pertama, mereka yang beriman itu akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan kerana mereka membenarkan Allah, rasul dan hari akhirat dan mendapat balasan syurga yang kekal selamanya. Kedua, mereka yang khusyuk dalam solat dengan memberi tumpuan untuk mengingati Allah terhadap kebesaran-Nya dan takutkan azab-Nya. Ketiga, mereka yang menjauhi perkara-perkara yang melalaikan. Contohnya seperti bohong, mencela, senda gurau, kelakar, berbual kosong, lawak jenaka dan sebagainya. Keempat, mereka yang mengeluarkan zakat sebagai tanda menyucikan diri dan harta daripada sifat kedekut dan mementingkan diri tertutamanya.Kelima, mereka yang menjaga kehormatan mereka daripada segala perbuatan maksiat seperti berzina, homoseks dan sebagainya yang diharamkan oleh Allah. Keenam, mereka yang menjaga amanah dan janji iaitu apabila diberi amanah tidak khianat dan apabila berjanji ia tidak pula mungkir. Ketujuh, mereka yang menjaga solat. Menunaikan solat tepat pada waktunya dan sempurna rukun-rukunnya.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya ketujuh-tujuh perkara sifat ini perlu ada dalam diri seorang mukmin supaya dapat menjadi seorang hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan dikasihiNya dan menjadi hamba yang memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

18 comments:

  1. Ahsanti!!!...insyAllah smoger kte sume berjaya dalam menjadi org mu'min di dunia dan akhirat...satu perkongsian yang bermakna...syukran jazilan..

    ReplyDelete
  2. syukran..syukran.. semuga kita tergolong dikalangan mukmin yg 'berjaya' spt yg disebut diatas..insyaallah. Semuga Allah sentiasa memberi rahmat dan petunjuk disepanjang perjalanan didunia yg sementara ini.. Amin.

    ReplyDelete
  3. saya suka sangat baca blog ni sbb ada terdapat sumber ilmiah yang amat berguna pada saya.cume, kalau boleh saya nak blog ni dihiasi dengan aplication blog seperti jam, shout out box, and others....

    ReplyDelete
  4. salam wbt
    perkongsian yang bermanfaat tuk semua..insyaallah..semoga kita diberi hidayah dan peluang untuk menjadi golongan itu..insyaallah..

    ReplyDelete
  5. Salam...suatu usaha yang baik dengan membawa kalam suci Allah s.w.t. dalam mengingati kita semua bahawa setiap insan akan menemui Penciptanya. InsyaAllah, dengan apabila terlaksana apa yang tertulis di dalam artikel ini kita akan menemui kehidupan yang berkat dan berjaya di dunia dan Akhirat...Amiiinn..

    ReplyDelete
  6. blog yg bmnfaat tuk pmbaca...trima ksih..n ceria2kn blog ni ye..:-)

    ReplyDelete
  7. syabas dan tahniah kepada sahabatku kerana dapat membuat satu wadah berunsur nasihat yang keseluruhannya diambil dari ayat al-quran.. disini ada sedikit penambahan, lebih molek lagi jika dibuat dalam bentuk point agar mudah di baca.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...setelah membaca maklumat perkongsian ilmu bermanfaat untuk semua muslimin dan muslimat ini, saya rasa penulis blog ini sedikit sebanyak telah berusaha menjadi seorang da'ie,sesuai dengan amanahNya sebagai khalifah filardh...
    perkongsian ini secara tidak langsung dapat membentuk pembangunan modal insan terutamanya pada diri individu secara seimbang...mudah-mudahan usaha murni ini mendapat berkat dan keredhaan Allah dan kita dapat mencapai perkara-perkara yang tersebut dalam artikel ini...
    sama-samalah kita mengambil manfaat darinya dan renung-renungkan lah....

    ReplyDelete
  9. mumtaz,
    blog yang sangat menarik. ilmu yg memberi manfaat kepada orang lain, insya Allah sangat mulia di sisi Allah. moga penulis blog ini mendapat keberkatan. segala ilmu yang disalurkan memberi manfaat kepada pembaca dengan mendalam. jd, teruskan penulisan anda. syukran.

    ReplyDelete
  10. salam, perkongsian yg baik..moga teruskan perkongsian begini dan semoga kita di golongan seperti yg diperkatakan Allah dlm surah ini..

    ReplyDelete
  11. salam...
    alhamdulillah satu artikel yang bagus untuk dikongsi bersama. semoga dapat dihayati dan diamalkan bersama. untuk penulis teruskan usaha anda untuk berkarya sebagai satu wadah agama.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum......
    tahniah....satu artikel yang bagus untuk dikongsikan bersama...
    sesungguhnya, apa yg ada di dalam Al-quran merangkumi semua aspek kehidupan manusia....

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah, byk input yg dpt drp artikel ini..
    truskan perjuangan dakwah anda..=)

    ReplyDelete
  14. satu peringatan yang baik buat diri sendiri dan saudara2 seaqidah yang lain..Sesungguhnya kita sering meminta kepada Allah agar diberikan kejayaan dunia dan akhirat..maka,Allah memberikan petua kejayaan dalam kalimahNYA yang kadang2 kita terlupa atau tidak kita sedari.

    ReplyDelete
  15. ahsanti...
    perkongsian yang bagus untuk tatapan umum. jadilah seorang mukmin yang berjaya di dunia dan diakhirat. jadilah surah al-mu'minun ini satu panduan untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya.

    ReplyDelete
  16. tahniah krn berkongsi ilmu yg bermanfaat ini.spt yg kita tahu, kejayaan tdk akan dtg bergolek, kita mst usaha dan terus berusaha spy kita sama2 menggenggam kejayaan..insyaAllah.

    ReplyDelete
  17. perkongsian yang baik.....semoga kita mendapat iktibar daripadanya...

    ReplyDelete
  18. perkongsian yang baik, sangat bermanfaat,biasanya orang hanya tahu baca al-quran,tapi gagal memahami maknanya secara keseluruhan,dengan adanya ulasan seperti ini,diharapkan dapat membuka mata hati bagi sesiapa yang membacanya :-)

    ReplyDelete