Wednesday, August 26, 2009

> Rehatkan Minda <

Kisah 2 Ekor Burung
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ha...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Ya...memang berbeza, yang berharga $1000 itu ialah pencipta lagunya.


Belajar Bahasa Inggeris
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. ... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di The mall..

Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2-neka dan terus menjawab..

Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five..


Sam & Dol
Perbincangan Antara 2 Genius!
Mengisahkan 2 sahabat.. seorangg SAM seorang DOL..

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh
bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================

SAM: Apasal ko marah kat tuan kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit..

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati
dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah..hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer..

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah..

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan isteri kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah.Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!

===================================
SAM: Aku ada AIDS ? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu..

===================================

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi..

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"

< Rahsia E-mail >

Guna Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya: nurhidayah_mazlan@yahoo.com. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak mempermain-mainkannya.


Nama Depan dan Nama Tengah
Contoh: Nur Hidayah Hanapiah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai nurhidayah@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri. Selain itu, dia juga sanggup mengetepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.


Nama dan Tahun
Contoh: hidayah2009@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak suka komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.


Nama Samaran
Ramai sangat yang suka buat email begini, contohnya: miss_universe@hotmail.com. Dikatakan seorang yang suka hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada disisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya tersendiri.


Nombor dan Abjad
Contoh: sweet37@hotmail.com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang sikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu membuka dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak. kirim salam sahajalah.

> Rahsia Dalam Solat <

Inilah dia rahsia dalam solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang belum tahu..

1 -
*Niat Sembahyang* :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -
*Berdiri Betul* :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - *Takbir-ratul Ihram* :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -
*Fatihah* :
Sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.

5 -
*Ruqu'* :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6
-* I'tidal *:
Akan diberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -
*Sujud* :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - *Duduk antara 2 Sujud* :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - *Duduk antara 2 Sujud (akhir)* :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - *Tahiyat Akhir* :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 -
*Selawat Nabi* :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -
*Salam* :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 -
*Tertib* :
Sempurna Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan"

:: Kemuliaan Manusia ::

Pandangan Kaum Materialis:
Manusia hanya merupakan sekepal tanah di bumi. Dari bumi asal kejadiannya, dari bumi dia berjalan, dari bumi dia makan dan ke dalam bumi dia kembali. Dari tanah kembali menjadi tanah! Akal dan fikiran, dianggapnya barang benda yang dihasilkan oleh otak. Pandangan mereka hanya sehingga benda, dan hanya mempercayai adanya benda-benda yang dapat disentuh. Maka dalam anggapan mereka tidak ada bezanya dan tidak ada keistimewaan manusia dari bermacam makhluk hidup di muka bumi ini, bahkan dimasukkannya ke dalam bangsa kera yang berubah menjadi manusia seperti Teori Evolusi Darwin. Pandangan ini menimbulkan kesan, seolah-olah manusia ini makhluk yang rendah dan hina, sama seperti haiwan-haiwan yang lain yang hidup hanya untuk kepuasan kebendaan semata-mata. Pandangan mereka disebutkan kesesatannya didalam Al-Quran.

Firman Allah dalam Surah Al-Jathiyah ayat 24, yang bermaksud:
“Dan mereka berkata: Hidup itu hanyalah hidup didunia ini sahaja, kita mati dan kita hidup, dan yang membinasakan kita hanyalah zaman (waktu). Tetapi tentang itu, mereka tiada mempunyai pengetahuan, mereka hanyalah mengira-ngirakan sahaja.”

Pandangan Orang Beriman:
Manusia itu makhluk yang mulia dan terhormat pada sisi Tuhan. Manusia sesudah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya, para malaikat disuruh sujud (memberi hormat) kepadanya, Allah mengurniakan manusia ‘ilmu pengetahuan dan kemahuan, dijadikan khalifah (penguasa) di bumi dan menjadi pusat kegiatan dalam alam ini. Segala apa yang dilangit dan di bumi, semuanya bekerja untuk kepentingan manusia. Dan kepadanya diberikan hikmah lahir dan batin. Kesimpulannya, apa yang ada dalam ala mini adalah untuk berkhidmat kepada manusia. Dan Allah mencipta manusia untuk beribadah kepada-Nya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 29, yang bermaksud:
“ Dia (Allah) yang menciptakan apa yang ada di bumi ini seluruhnya untuk kami..”

Firman Allah lagi dalam Surah Al-Dzariyat ayat 56, yang bermaksud:
“Aku ciptakan Jin dan Manusia itu, supaya mereka mengabdi (menyembah) kepadaKu”.


Manusia Dekat Kepada Allah:
Manusia itu dekat kepada Allah, dan Allah dekat kepada manusia. Tidak ada batas dan tidak ada pengantara, yang menjadi halangan bagi hubungan langsung antara manusia dengan Penciptanya. Setiap insane dapat memuja, memuji, mendoa’, memohon kepada Allah, tanpa penghubung atau pengantara. Demikianlah darjat dan kemuliaan manusia disisi Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, yang bermaksud:
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku akan memperkenankan doa orang mendoa’kan kepadaKu, apabila ia mendoa’kan kepadaKu. Sebab itu, hendaklah ia memperkenankan seruanKu dan beriman kepadaKu, supaya mereka dapat menempuh jalan yang benar."
Pintu rahmat amat luas bagi manusia yang dekat kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mencintai hamba-hambanya yang dekat kepadaNya.


Pandangan Para Malaikat:
Manusia mempunyai kemuliaan dan kedudukan penting dan terhormat. Suatu kedudukan yang walaupun diharapkan oleh malaikat, untuk diserahkan kepada mereka iaitu sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusia memikul tanggungjawab yang besar, amanah untuk memakmurkan bumi. Maka diperintahkan kepada para malaikat supaya memeberi hormat kepada manusia serta memberi bantuan-bantuan yang diperlukan. Malaikat menyempurnakan perintah ini dengan patuh dan tidak ada kecualinya.

Firman Allah dalam Surah Sad ayat 71-74, yang bermaksud:
“Ingatilah, ketika Tuhan berkata kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dati tanah. Dan ketika dia Kubentuk dengan sempurna dan Kutiupkan kedalamnya RohKu, maka hendaklah kamu tunduk merendahkan diri kepadaNya!” Lalu para malaikat itu semuanya tunduk merendahkan diri. Hanya Iblis (yang tidak mahu merendahkan diri). Dia menyombong dan termasuk dalam orang-orang yang ingkar."

Terhadap iblis yang ingkar dijatuhkan hukuman kepadanya disebabkan kedengkian dan kesombongannya, kutukan terusir dari taman syurga yang penuh kesenangan dan kebahagiaan.

Firman Allah dalam Surah Sad ayat 77-78:
“ Allah berkata (kepada iblis): “Keluarlah engkau dari sini sesungguhnya engkau orang yang terusir. Dan sesungguhnya kutukan Ku ditimpakan kepada engkau, sampai hari pembalasan.”

:: Matlamat Hidup Manusia ::

Baiklah sebelum ini kita dah cerita tentang asal-usul manusia, pasti kita terfikir mengapakah manusia diciptakan, pasti tertanya-tanya bukan?
Disini akan kita kupas mengenainya atas tajuk ‘ Matlamat Hidup Manusia”. Manusia diciptakan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini, Itulah tujuan utamanya. Allah mengisytiharkan ini dalam Surah Al-Baqarah ayat 30, bermaksud:


'(Dan Ingatlah) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat, ‘sesungguhnya aku akan menjadikan bumi ini, khalif'ah'

Tugas sebagai khalifah adalah satu tugas berat. Mereka wajib beribadah kepada Allah di muka bumi ini. Malah ibadah adalah matlamat hidup mereka. Inilah ketetapan Ilahi sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Zariyat ayat 56 :

“Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.”

Ayat ini datang selepas Allah memaparkan kepada kita ayat-ayat yang menunjukkan tanda-tanda kebesaran Allah di alam semesta disamping perjalanan sejarah mampu menghasilkan makrifat kepada Allah sekaligus menghasilkan ibadah.

Ibadah mempunyai kriteria dan syarat-syaratnya. Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima oleh Allah.

Selain itu, manusia adalah wakil Allah di muka bumi ini. Maksud penjelasan Allah dalam ayat 30 Surah Al-Baqarah:


“Sesungguhnya Aku menjadikan di muka bumi khalifah yang mewakiliku dalam melaksanakan hukum dan keadilan di kalangan makhluk-makhlukku”. Sesungguhnya khalifah ini adalah Adam dan sesiapa sahaja yang mengikut jejak langkahnya dalam mentaati Allah serta melaksanakan ketetapan hukum dengan adil."

Sememangnya amanah yang terpaksa dipikul oleh khalifah ini berat sekali, sehingga makhluk-makhluk lain tidak sanggup memikulnya. Walau bagaimanapun Allah membekalkan manusia dengan alat-alat terutamanya akal, bagi memudahkan kerjanya. Tambahan daripada itu, Allah mencipta manusia dalam bentuk yang terbaik. Allah menyatakan dalam Surah At-Tin ayat 4:

“Sesungguhnya kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik”.

Namun begitu, Islam adalah agama yang lengkap sebagai cara hidup dan tidak membebankan. Oleh sebab itu, Allah memberi jaminan, manusia tidak akan dibebankan dengan sesuatu yang tidak disanggupinya sebagaimana dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.

Kesimpulannya, seorang manusia diciptakan atas dua matlamat hidup yang asas berdasarkan al-quran dan as-sunnah iaitu beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi dalam menegakkan agama islam.

:: Asal-usul Manusia ::

Manusia dari segi Islam juga dikaitkan dengan maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna.

Manusia berasal daripada Nabi Adam dan Nabi Adam berasal daripada tanah. Walau bagaimanapun penciptaan keturunan Nabi Adam adalah berbeza daripada beliau kerana mereka diciptakan Allah bukan daripada tanah sebaliknya daripada benih lelaki dan wanita. Dalam surah Al-Haj ayat 5, Allah menjelaskan:


'Wahai manusia jika kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu daripada tanah kemudian nuthfah'.


Di dalam Al Qur'an proses kejadian manusia secara biologi dijelaskan secara terperinci melalui firman-Nya :


" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta Yang Paling Baik ." (QS. Al Mu'minuun (23) : 12-14).

Kemudian dalam salah satu hadith Rasulullah SAW bersabda :


" Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang benar dan dibenarkan. Sesungguhnya seorang diantara kamu dikumpulkannya pembentukannya (kejadiannya) dalam rahim ibunya (embrio) selama empat puluh hari. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan segumpal darah. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan sepotong daging. Kemudian diutuslah beberapa malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya (untuk menuliskan/menetapkan) empat kalimat (macam) : rezekinya, ajal (umurnya), amalnya, dan buruk baik (nasibnya) " (HR. Bukhari-Muslim)